. Pelaksanaan Undang-Undang Darurat .


DARURATDARURAT TMDARURAT 13MEIDARURAT LDDARURAT BAMEMBERS
Darurat




Apa itu darurat ?


- Menurut wikipedia Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat.
- Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil.
- Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal).
- Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung.
- Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat.
- Apabila darurat , sebarang undang-undang boleh diluluskan walaupun melanggar Perlembagaan Persekutuan .
- Tempoh darurat adalah tidak terhad .



Jenis-Jenis Darurat .



Malaysia pernah berdepan dengan pelbagai jenis darurat sejak zaman penjajahan dahulu lagi , antaranya :


1 . Darurat peperangan

- Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150.
- Ia contohnya dalam Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan Persekutuan).
-Hasil daripada darurat itu, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya boleh ditangguh.


2 . Darurat bencana alam


- Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.
- Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara).
- Contoh darurat bencana seperti berikut:


1. Darurat jerebu Sarawak 1997
2. Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara atau API lebih 500)
3. Jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750)



- Kesannya pula seperti berikut:

1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.


2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.


3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.


Contoh peristiwa darurat .

Darurat TM :
- Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960 . - Diisytiharkan kerana berlakunya keganasan dari pihak komunis .


Darurat 13Mei :

- Darurat 13 MEI 1969
- Berlakunya rusuhan kaum antara kaum utama Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India .


Darurat LD :


- Darurat di Lahad Datu pada tahun 2013 .

- Diisytiharkan apabila berlaku kejadian tembak menembak antara polis Malaysia dan penceroboh di pekan tersebut .


Darurat BA :


- Darurat bencana alam diisytiharkan apabila berlakunya bencana alam yang menyebabkan kerosakkan yang kritikal

.- Antara peristiwa darurat bencana ialah darurat jerebu di Muar dan Ledang , Johor .

Sila scroll ke atas dan klik navigation bar di atas untuk membaca maklumat lebih lanjut tentang darurat-darurat di atas .

Friday 27 February 2015 , 0 Comment


Disclaimer

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Blog ini dicipta khas untuk assignmet PENGAJIAN MALAYSIA yang diberi oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Tarmizi . Blog ini akan menceritakan tentang tajuk yang telah diberkan kepada kami iaitu PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARURAT DI MALAYSIA .


Chatting



Followers

be my follower ? thanks :)






Skin Made By : HafizZulkafly. Re-edit and Owner JOE. Others xx.