. Pelaksanaan Undang-Undang Darurat .
Muslimah Sejati
MUSLIMAH
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg hanya layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang BERGUNA!
//* Sharing is Caring=)
Monday, 28 November 2011 , 0
|
Disclaimer
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Blog ini dicipta khas untuk assignmet PENGAJIAN MALAYSIA yang diberi oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Tarmizi . Blog ini akan menceritakan tentang tajuk yang telah diberkan kepada kami iaitu PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARURAT DI MALAYSIA .
Chatting
Followers
be my follower ? thanks :)
|
Muslimah Sejati
MUSLIMAH
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg hanya layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang BERGUNA!
//* Sharing is Caring=)
0
Darurat 13 MEI 1969
PENGENALAN
-Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
-Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
-Sejarah hitam yang menggugat keamanan dan kestabilan politik negara.
-Isu perkauman yang menyentuh emosi dan sensitiviti , Isu bahasa melayu , Kedudukan istimewa orang melayu , Hak kerakyatan orang bukan melayu .
-Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969 yang telah mengakibatkan Parti Perikatan hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
-Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Faktor yang menyumbang kepada Peristiwa 13 Mei
1. Layanan berat sebelah oleh Tentera Jepun .
-Masyarakat Tanah Melayu dilayan secara berbeza-beza.
-Kaum Cina dilayan lebih teruk berbanding kaum Melayu kerana Jepun pernah berperang dengan China sebelum ini.
-Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara kaum Melayu dan Cina.
2. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris
-Dasar pecah dan perintah telah menjadi salah satu faktor wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi dan polarisasi kaum.
-Orang Cina tinggal di bandar dan menjalankan perniagaan dan pelombong di kawasan-kawasan lombong.
-Orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani dan nelayan kecil.
-Orang India tinggal di estet sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
-Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum.
-Kesannya :
1. Interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja.
2. suasana sosio- ekonomi tidak seimbang dan semakin melebar.
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza .
-Sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada 4 aliran :
Melayu = menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat sekolah rendah.
Cina dan India = mengambil kurikulum, guru-guru dan buku teks dari negara asal.
Inggeris = hanya dapat dinikmati oleh kaum Cina dan India yang tinggal di bandar.
-Selepas merdeka (Dasar Pelajaran Kebangsaan).
-Dasar ini telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu kerana mereka merasakan langkah ini terlalu mengutamakan Bahasa Melayu.
-KPGMS pula tiak berpuas hati kerana kerajaan tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang dirancang.
-Akhirnya, berkat perjuangan daripada beberapa tokoh, gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.
-Namun, kaum Cina tidak berpuas hati dan ingin menubuhkan Universiti Merdeka dan kerajaan telah memberi kebenaran kepada MCA untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).
4. Pertelingkahan Parti Politik .
Pilihanraya 1964
-Petir atau PAP Singapura telah menyertai pilihanraya walaupun telah ada persetujuan bahawa mereka tidak akan menyertainya.
-PAP telah gagal menyertai Perikatan dan menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu.
-PAP telah membangkitkan isu-isu kedudukan istimewa orang Melyu, soal bahasa dan taraf bumiputera oran-orang Melayu.
-Setelah gagal dalam pilihanraya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.
-PAP juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” dengan tujuan supaya hak orang Melayu dihapuskan.
Keputusan pilihanraya :
-Telah menunjukkan kemerosotan pengaruh Perikatan.
-Kejayaan di pihak DAP telah menggawatkan suasana yang sedia tegang.
-Orang Cina yang merasakan mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang Melayu mula mengeluarkan kata-kata menghina UMNO dan orang Melayu.
-Perarakan kemenangaN DAP dan Gerakan telah melanggar batasan waktu yang dibenarkan oleh pihak polis dan melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang Melayu.
-Sewaktu melalui jalan-jalan, mereka menghamburkan kata-kata kesat seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “ Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu”.
-Pada petang 13 Mei 1969, sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina.
-Sebahagian yang terlepas telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita tersebut.
-Oleh itu, orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas.
Mengisytiharkan Darurat
-kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara.
-Tujuan diisytiharkan darurat;
1. Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
2. Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka.
3. Untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur.
Artikal tentang SEJARAH HITAM NEGARA : PERISTIWA 13 MEI 1969
RUJUKAN
-http://www.slideshare.net/farhanahisham/13-mei-1969-12566836
Darurat Bencana Alam
PENGENALAN
“Darurat Bencana” diisytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Pengisytiharan ini akan dipertimbangkan dengan melihat kepada kompleksiti dan magnitud bencana, tahap kemusnahan bencana tersebut.
Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.
Pengisytiharan “Darurat Bencana” ini berbeza daripada Pengisytiharan Darurat di bawah Perlembagaan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong kerana ianya melibatkan situasi huru hara dan ketenteraman awam yang memerlukan satu perintah berkurung dikeluarkan.
“Darurat Bencana” dilaksanakan secara arahan pentadbiran dan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri tertakluk kepada undang-undang.
Pengisytiharan “Darurat Bencana” boleh dilakukan sekira berlakunya bencana alam seperti banjir dan jerebu yang teruk sehingga menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif."
DARURAT JEREBU DI MUAR DAN LEDANG , JOHOR .
Darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun 2013 .
Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan.
Bacaan tersebut sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.
Dikatakan bahawa kebakaran hutan di Sumatera adalah punca kejadian jerebu dan asap tebal yang melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.
KEADAAN jerebu teruk yang menyelubungi bandar dan daerah Muar
Rajah menggambarkan pengaliran jerebu dari Sumatera , Indonesia .
Suasana jerebu tebal di Muar
Darurat jerebu Pelabuhan Klang 2005
-Kerajaan telah mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang berkuat kuasa serta-merta pada 11 Ogos 2005 .
-Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 11 pagi ini mendapati Kuala Selangor mencatatkan paras berbahaya iaitu 531 manakala Pelabuhan Klang 529.
``Saya mengisytiharkan keadaan Darurat Jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mulai dari sekarang hingga ke suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik,'' kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang tersebut.
MEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA) semalam menunjukkan tompok-tompok panas di Sumatera ekoran pembakaran hutan yang tidak terkawal sehingga mendatangkan jerebu di Semenanjung Malaysia. - Gambar Reuters.
RUJUKAN
-http://portalbencana.mkn.gov.my/
-http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Darurat Lahad Datu
PENGENALAN
-Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
-Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara yang telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.
-Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
-Lahad Datu diishtiharkan Darurat dan Perintah Berkurung telah dikeluarkan.
-Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh daerah Lahad Datu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
-Segala aktiviti keluar masuk Lahad Datu akan diterhadkan serta merta. Ini untuk mengelakkan pertempuran daripada merebak ke daearah lain.
-Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.
Dua Perwira negara yang telah terkorban demi keselamatan negara - Al fatihah .
RUJUKAN
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_pencerobohan_Lahad_Datu_2013
Darurat Tanah Melayu
PENDAHULUAN
-Diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
-Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM).
-Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.
PUNCA DARURAT 1948-1960
-Bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945 dan pihak PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army).
-Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
-Sebulan selepas itu PKM telah diharamkan oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal.
-Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
-Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan.
-PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
-Namun, pemogokan itu telah gagal
-Hubungan PKM dan British menjadi semakin teruk setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru.
-Chin Peng = gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Langkah Mengatasi Darurat 1948-1960
1. UNDANG-UNDANG DARURAT
-Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
-Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis.
-Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang.
Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
2. PERINTAH BERKURUNG
-Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.
3. KAWASAN PUTIH DAN HITAM
-Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis.
Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam.
Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
4. SEKATAN JALAN RAYA & KAWALAN KAMPUNG
-Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
5. KAD PENGENALAN
-Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan.
Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
6. Rancangan Briggs
-Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950.
-Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.
-Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya .
-Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan.
-Tujuannya untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
-Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan.
-Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
pintu utama di sesebuah "New Village"
Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.
Keretapi turut menjadi sasaran pengganas komunis
RUJUKAN
-http://saifulazmijusoh.blogspot.com/2012/04/darurat-di-tanah-melayu-1948-1960.html
Members
Kumpulan kami diberi nama
"SKYJUICE" dan kami terdiri daripada 6 orang ahli iaitu :
1. Muhammad Zulkarnain bin Abidin
2. Muhd Haziq bin Dasim
3. Muhd Daniel Aliff Haiqal bin Rosli
4. Muhd Rahman bin Ali Wafa
5. Muhd Firdaus bin Ismail
6. Syazwan bin Sazali